SELAMAT DATANG KE BUTIK PENGANTIN D' PALACE

 

Impian Menjadi Kenyataan....

 Bukan tekat sebarang tekat,
Tekat menjadi hiasan kain,
Bukan hajat sebarang hajat,
Hajat mencerikan majlis kahwin.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web BUTIK PENGANTIN D"PALACE. Kami di sini menyediakan pelbagai perkhidmatan khas untuk bakal-bakal pasangan pengantin dan pasangan pengantin yang menginginkan sesuatu yang indah untuk majlis bersejarah mereka selain ingin menjadikannya sesuatu yang indah dan tak mungkin akan dilupakan.

Kami menyediakan perkhidmatan dari sebelum perkahwinan berlangsung, semasa dan sehingga majlis tersebut tamat. Butik kami juga menjanjikan perkhidmatan yang memuaskan dan jaminan perkhidmatan yang terbaik dari kami.

Kepada pasangan yang masih tidak dapat membuat pilihan untuk majlis tersebut, kami menyediakan perkhidmatan perunding imej. Ini dapat membantu anda dan pasangan membuat keputusan. Kami akan memberi keutamaan kepada anda. Kami akan memberi kepuasan kepada anda dan pasangan semoga majlis akan berjalan dengan lancar. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik dengan bantuan dari Yang Maha Esa.